Powered By Blogger

Tuesday, 26 April 2011

" JPNIN "

PENGENALAN

Jabatan Perpaduan Negara Malaysia ditubuhkan pada tahun 1969 bertujuan untuk  menangani isu-isu perkauman.  Pada bulan April 2008, Jabatan ini diletakan di bawah Kementerian  Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional beroperasi melalui bahagian-bahagian di peringkat Ibu Pejabat, iaitu:-
  • Bahagian Pengurusan;
  • Bahagian Pembangunan Komuniti;
  • Bahagian Perpaduan Masyarakat;
  • Bahagian Integrasi Negara;
  • Bahagaian Dasar & Perancangan;
  • Bahagian Pengurusan Perpaduan; dan
  • Bahagian Korporat.

Di peringkat negeri pula terdapat 15 Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Peringkat Negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan serta 38 Pejabat Perpaduan Daerah/Bahagian di seluruh Negara.


STRATEGI

Penggalakan
Mengalakan rakyat daripada pelbagai kaum/etnik di Negara ini berinteraksi dalam aktiviti-aktiviti yang boleh memupuk dan mengukuhkan semangat dan integrasi nasional.

Pencegahan
Mengesan suasana hubungan antara kaum/etnik serta menyelaras tindakan-tindakan sewajarnya untuk mengelakkan daripada berlakunya perbuatan yang boleh menjejaskan keharmonian serta kesejahteraan rakyat.

Pencelahan (Intervention)
Melibatkan pegawai perpaduan sebagai moderator dalam kegiatan-kegiatan yang ditujukan kepada mereka yang sedang terlibat dalam perselisihan faham atau pertikaian supaya dapat mengurangkan kesan dan implikasi negative yang mungkin timbul.

Pemulihan
Mengadakan program-program khusus kepada mereka yang pernah mengalami konflik supaya mewujudkan suasana perhubungan yang baik bagi mengelakkan pengulangan konflik yang sama.







Bahagian Pembangunan Komuniti.

Menyemai dan memupuk semangat serta nilai-nilai kejiranan dan perpaduan di kalangan masyarakat  menerusi aktiviti pembangunan komuniti dan pendidikan prasekolah:-


Kawasan Rukun Tetangga
  • Jiran Warga Emas
  • Jiran Wanita
  • Jiran Muda
  • Tunas Jiran


Aktiviti Rukun Tetangga terdiri bidang-bidang :-
  • Sukan
  • Rekreasi
  • Sosial
  • Kebajikan
  • Kebudayaan
  • Keselamatan
  • Pendidikan
  • Kesihatan & Alam Sekitar
  • Ekonomi
  • Agama


Tabika Perpaduan
Di antara aktiviti luar Tabika Perpaduan :-
  • Pertandiangan Melukis dan Mewarna
  • Sukan
  • Lawatan Sambil Belajar
  • Pertandingan Bercerita
  • Tabikarama / Graduasi















FUNGSI
  • Menggalakkan perpaduan masyarakat dan integrasi nasional

  • Menerapkan nilai-nilai kewarganegaraan ke arah pembentukan satu bangsa Malaysia yang bersatupadu


  • Mencegah konflik antara san semua kaum/etnik, masyarakat dan wilayah.

  • Menyelaras penyelidikan dalam bidang perpaduan dan integrasi nasional.


  • Memantau, mengesan dan menilai perhubungan antara kaum/etnik dan masyarakat; dan

  • Menyelaras dan melaksanakan program /aktiviti perpaduan dengan agensi-agensi kerajaan, swasta, NGO dan lain-lain.


KUMPULAN  SASAR

Khusus

  • Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga
  • Jiran Usia Emas
  • Jiran Wanita
  • Jiran Muda
  • Tunas Jiran
  • Masyarakat Dalam Kawasan Rukun Tetangga Umum
  • Rakyat Malaysia


Bahagian  Pengurusan Perpaduan

Membantu pengurusan Jabatan untuk menasihati Kerajaan mengenai isu-isu  perhubungan kaum/etnik melalui aktiviti penyelidikan, pemantauan dan pengesanan,
penilaian serta penerbitan bagi meningkatkan dan memantapkan lagi tahap perpaduan dan integrasi nasional.  Di antara aktiviti penting bahagian ini adalah:-

            Merancang dan menyelaras penyelidikan berhubung perpaduan dan integrasi nasional oleh pakar perunding aripada institusi pengajian tinggi (IPT) jabatan.

  • Membuat penilaian keberkesanan program /aktiviti-aktiviti yang dilanjutkan oleh Jabatan.
  • Mengumpul data dan maklumat yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi nasional.
  • Memantau dan mengesan isu-isu/ konflik perhubungan kaum/etnik.
  • Mengurus aktiviti mediasi di peringkat negeri.

Bahagian Perpaduan Masyarakat

Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti perhubungan masyarakat yang boleh merapatkan perhubungan kaum/etnik dan memupuk semangat patriotic di kalangan rakyat kea rah mencapai perpaduan Negara dan integrasi nasional.

Unit Rukun Negara dan Unit Patriotisme diletakkan di bawah bahagian ini.
Antara aktiviti ya ialah :-

  • Menyelaras dan memantapkan aktiviti Kelab Rukun Negara di IPT dan sekolah.
  • Merangka, merancang dan menyelaras program ketatanegaraan
  • Pertandingan Debat Perpaduan
  • Koir Kebangsaan
  • Kempen Kibar Jalur Gemilang
  • Pertandingan Cerpen, Fotografi




Bahagian Integrasi Nasional

Merancang, melaksana dan menyelaras program lawatan integrasi antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan sempena:

  • Sambutan Bulan Perpaduan
  • Sambutan Hari Kebangsaan
  • Hari Raya Puasa
  • Pesta Kaamatan
  • Pesta Gawai

Bahagian ini juga merancang dan menjalankan program Kursus Orientasi bagi pegawai yang bertukar ke Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan dan sebaliknya.


Unit Perhubungan Agama
  • Menyelaras dan memantau isu-isu agama
  • Urusetia J/K Kerja Perhubungan antara agama
  • Mengumpul dan menyampaikan masalah dan isu agam kepada agensi berkaitan.









Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Matlamat
Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan social melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang mwnyeronokkan, kreatif dan bermakna.  Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.


OBJEKTIF

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada yang berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan social, intelek dan rohani seperti berikut :-

  • Membina kecergasan badan
  • Mempunyai tubuh badan yang sihat
  • Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.
  • Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.
  • Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.
  • Mempunyai kematangan emosi
  • Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.
  • Berani menyuarakan pandangan dan perasaan
  • Berkebolehan  berinteraksi dengan orang lain.
  • Boleh bekerja secara bersendirian dan juga secara berkumpulan
  • Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk 
            perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya.
  • Mengamalkan nilai murni.
  • Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam
  • Berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa
pengantar dalam konteks kehidupan harian
  • Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas
  • Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian
dan menyelesaikan masalah
  • Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian
  • Mengembangkan daya kreatif dan estetika
  • Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.







FOKUS

Pendidikan Pasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.  Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan, dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek.  Prinsip utama yang digunakan adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu.  Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah kelak.

ORGANISASI KURIKULUM

Kurikulum Standard Prasekolah kebangsaan digubal dengan memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.  Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang pembelajaran berikut :-
  1. Tunjang Komunikasi
  2. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
  3. Tunjang Kemanusiaan
  4. Tunjang Sains dan Teknologi
  5. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
  6. Tunjang Perkembangan Keterampilan Diri


MODUL ASAS DAN MODUL BERTEMA

Pendidikan prasekolah  dilaksanakan  melalui modul asas  dan modul bertema.

Modul Asas
Modul Asas merangkumi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina (untuk prasekolah aliran Bahasa Cina), Bahasa Tamil (untuk prasekolah yang aliran Bahasa Tamil), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik dan Permainan Luar.

Secara umumnya modul asas bertujuan untuk penguasaan literasi awal 4M (membaca, menulis, mengira , menaakul).  Modul teras juga merangkumi Pendidikan Islam yang perlu diajar oleh guru agama yang bertauliah.  Pendidikan Moral diajar semasa kanak-kanak beragama Islam belajar Pendidikan Islam, maka ia perlu dikelaskan sebagai modul teras asas.  Kanak-kanak pada umur ini perlu diberi waktu khas untuk aktiviti fizikal di luar, maka Permainan Luar juga dianggap sebagai modul teras asas.

Modul Asas diberi masa yang khas dalam jadual waktu prasekolah.  Pada awal tahun modul asas mengambil masa lebih kurang 35% daripada waktu prasekolah, tetapi pada akhir tahun, peratus masa ini mungkin berkurangan jika murid didapati sudah menguasai kemahiran asas 4M.

Modul Bertema

Pengajaran dan pembelajaran prasekolah sesuai dilaksanakan melalui tema yang membawa makna kepada kanak-kanak.  Modul Bertema menyepadukan kesemua tunjang dalam kurikulum Prasekolah Kebangsaan termasuk juga bahasa, pendidikan moral dan matematik.  Pada awal tahun, modul teras tema mengambil masa lebih kurang 35% masa prasekolah tetapi pada akhir tahun, peratus masa perlu dinaikkan.

Guru boleh menentukan tema pembelajaran mengikut keperluan murid, keperluan setempat dan keperluan semasa.  Walaubagaimanapun, adalah dicadangkan tema-tema ini dibina berdasarkan kategori berikut :-Diri Saya, Negara Saya, Alam Hidupan, Alam Bahan dan Alam Fizikal.  Contoh tema yang boleh dibina untuk Diri Saya adalah Sekolah Saya, Kawan Saya, Keluarga Saya.  Contoh tema yang boleh dibina untuk Negara saya adalah Perayaan Hari Raya, Kemerdekaan Negara, Lgu dan Muzik Tradisional.  Contoh tema yang boleh dibina untuk Alam Hidupan adalah Haiwan dan Tumbuhan.  Contoh tema yang boleh dibina untuk Alam Bahan adalah Air dan Pakaian.  Contoh tema yang boleh dibina untuk Alam Fizikal adalah Cuaca.


Aktiviti Rutin

Aktiviti Rutin adalah penting dalam pendidikan prasekolah.  Aktiviti rutin menrangkumi aktiviti seperti pengurusan diri, perbualan pagi, refleksi sebelum balik, membaca doa dan makan semasa rehat.  Aktiviti rutin mengambil lebih kurang 30% daripada masa prasekolah.  Kandungan dalam aktiviti rutin merangkumi kesemua tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
























REKABENTUK  KURIKULUM

Dua cirri utama Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah Kurikulum berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular.

Kurikulum Berasaskan Standard
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dibangunkan berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid.  Tujuan utama penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti.  Ekuiti bermaksud semua murid diberi peluang pendidikan yang sama, kualiti membawa maksud bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti.  Lantaran matlamat kurilulum berasaskan standard adalah untuk memberi pendidikan berkualiti yang sama kepada semua murid.

Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh  lakukan dalam suatu tempoh persekolahan.  Ia merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan criteria atau indicator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan.

Kurikulum Berbentuk Modular

Kurikulum ysng berbentuk modular merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit, bahagian atau unit ini dinamakan modul.

Dua jenis modul diwujudkan, iaitu Modul Asas dan Modul Bertema.

Modul Asas

Modul Asas terdiri daripada Komponen Bahasa (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Peermainan Luar dan Matematik.  Waktu yang khas diperlukan untuk pengajaran setiap komponen ini.

Modul Bertema

Modul Bertema merupakan modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam Tunjang  dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif.  Modul bertema dibina menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak.










Teori Pembelajaran Yang Dijadikan Fokus

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibina berlandaskan prinsip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan dan teori pembelajaran konstruktivitisme di mana:
  • Murid membina pengetahuan sendiri, pengajaran tidak dijalankan secara spoon feeding.
  • Murid diberi peluang untuk berfikir dan menyelesaikan masalah.
  • Perbezaan individu dibenarkan.
  • Murid belajar mengikut kadar sendiri.
  • Guru mengajar dengan mengaitkan pengalaman seharian murid.


PERUNTUKAN MASA DALAM PRASEKOLAH

Peruntukan  masa minimum

Peruntukan waktu minimum berikut hendaklah dipatuhi:

  1. Prasekolah hendaklah dijalankan sekurang-kurang empat jam sehari (termasuk
Masa rehat, iaitu sejumlah 20 jam seminggu.
  1. Bahasa Malaysia hendaklah digunsksn sebagai bahasa instructional sekurang-
Kurangnya 10 jam seminggu  di kelas prasekolah yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.
  1. Bahasa Malaysia hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-
Kurangnya 6 jam seminggu di kelas prasekolah yang tidak menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.
  1. Bahasa Inggeris hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-
Kurannya 10 jam seminggu di kelas prasekolah yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.
  1. Bahasa Inggeris hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-
Kurangnya 6 jam seminggu di kelas prasekolah yang menggunakan Bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar.
  1. Jika di dalam sesuatu tadika terdapat lima orang murid atau lebih yang meng-
Anut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran
Agama Islam oleh guru yang bertauliah, sekurang-kurangnya dua jam seminggu.
  1. Jika di dalam sesuatu tadika terdapat lima orang murid atau lebih  yang bukan
Beragama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan Pendidikan Moral sekurang-kurangnya dua jam seminggu.
 










MENU MAKANAN TABIKA

            Makanan merupakan sumber asas dalam perkembangan dan pertumbuhan setiap manusia.  Taraf pemakanan pula bergantung kepada  factor-faktor seperti keadaan kesihatan dan sosio ekonomi di samping cara pengambilan makanan.
            Kekurangan pengetahuan tentang makanan yang berkhasiat akan menjadikan perkembangan kanak-kanak sering terdedah kepada risiko maut atau perkembangan fizikal dan mental terbantut.  Selain itu kanak-kanak sering terdedah kepada jangkitan penyakit.


Makanan Seimbang

Kanak-kanak memerlukan makanan seimbang untuk pembesaran dan perkembangan mental.  Makanan seimbang penting supaya kanak-kanak:-
  • Cergas(Mental) dan bertenaga
  • Dapat memberi tindakbalas, mempunyai kulit yang licin dan lembut
  • Mata yang cerah berseri dan tumbesaran yang normal
  • Pengawalan suhu badan.



Panduan Makan Secara Sihat

Kanak-kanak memerlukan panduan makan secara sihat kerana :-
  • Menikmati pelbagai jenis makanan daripada setiap aras Piramid Makanan
  • Menikmati lebih buah dan sayur
  • Mengurangkan makanan bergoreng dan berlemak
  • Menikmati bijiran penuh, legum, kekacang dan biji-biji
  • Mengurangkan pengambilan gula
  • Memilih makanan yang selamat



















ISI KANDUNGAN




·        Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional –
Visi, Misi, Objektif dan Moto
·        Falsafah Pendidikan Kebangsaan
·        Carta Organisasi Dan Pengurusan Tabika
·        Senarai Nama Ahli Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan
·        Aktiviti Tabika
·        Akaun Tabika






































ORGANISASI
DAN 
PENGURUSAN 
TABIKA

















































































AKAUN 
BULANAN 
DAN
TAHUNAN

" BANJIR KALI KEDUA DI TABIKA "
































" PEMERIKSAAN KESIHATAN KANAK-KANAK "






" LATIHAN KESELAMATAN KANAK-KANAK "